Doa paling utama dengan meminta keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat kepada Tuhanmu

TEKS BAHASA ARAB

أفضل الدعاء أن تسأل ربك العفو والعافية في الدنيا والآخرة، فإنك إذا أعطيتهما في الدنيا، ثم أعطيتهما في الآخرة، فقد أفلحت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Doa yang paling utama ialah engkau meminta keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat kepada Tuhanmu, kerana apabila kamu diberikan kedua-duanya di dunia kemudian kamu diberikan juga kedua-duanya di akhirat, maka kamu telah berjaya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1441, hadis nombor 7328. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: جاء رجل إلى رسول الله ﷺ فقال: يا رسول الله! أي الدعاء أفضل؟ قال: تسأل ربك العفو والعافية في الدنيا والآخرة. ثم أتاه من الغد، فقال: يا رسول الله! أي الدعاء أفضل؟ قال: تسأل ربك العفو والعافية في الدنيا والآخرة. ثم أتاه اليوم الثالث فقال: يا رسول الله! أي الدعاء أفضل؟ قال: تسأل ربك العفو والعافية في الدنيا والآخرة، فإنك إذا أعطيتهما في الدنيا، ثم أعطيتهما في الآخرة، فقد أفلحت.
[ت، هـ، حم، ((الضعيفة)) (2851)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah SAW, lalu lelaki itu bertanya: Wahai Rasulullah! Doa manakah yang paling utama? Baginda menjawab: Engkau meminta keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat kepada Tuhanmu. Kemudian keesokannya lelaki itu datang lagi, lalu bertanya: Wahai Rasulullah! Doa manakah yang paling utama? Baginda menjawab: Engkau meminta keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat kepada Tuhanmu. Kemudian lelaki itu datang lagi pada hari ketiga, lalu bertanya: Wahai Rasulullah! Doa manakah yang paling utama? Baginda menjawab: Engkau meminta keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat kepada Tuhanmu, kerana apabila kamu diberikan kedua-duanya di dunia kemudian kamu diberikan juga kedua-duanya di akhirat, maka kamu telah berjaya.
[Riwayat al-Tirmidhī dan Ibn Mājah dalam Sunannya, Aḥmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2851]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs