Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أفضلُ الدُّعاءِ أن يقولَ العبدُ: الَّلهمَّ ارحم أمَّةَ محمَّدٍ رحمةً عامَّةً.
Teks Bahasa Melayu
Doa yang paling utama adalah apabila seseorang hamba itu menyebut: 'Ya Allah! Rahmatilah umat Muhammad dengan rahmat yang menyeluruh'.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1441, hadis no. 7329. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: أفضل الدعاء أن يقول العبد: اللهم ارحم أمة محمد رحمة عامة. [فر، ((الضعيفة)) (2838)]
(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Doa yang paling utama adalah apabila seseorang hamba itu menyebut: Ya Allah! Rahmatilah umat Muhammad dengan rahmat yang menyeluruh. [Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2838]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman