TEKS BAHASA ARAB
لو دعي بهذا الدعاء على شيء بين المشرق والمغرب في ساعة من يوم الجمعة لاستجيب لصاحبه: لا اله إلا أنت، يا حنان يا منان! يا بديع السماوات والأرض! يا ذا الجلال والإكرام!.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Seandainya didoakan dengan menggunakan doa ini terhadap sesuatu antara timur dan barat pada satu waktu di hari Juma’at, pasti akan dimustajabkan (diperkenankan) kepada pelakunya, iaitu: Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Engkau! Wahai Hannan, wahai Mannan! Ya Tuhan yang menciptakan langit dan bumi! Wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan!.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1418, hadis nombor 7201. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن جابر بن عبدالله رضي الله عنهما مرفوعا: لو دعي بهذا الدعاء على شيء بين المشرق والمغرب في ساعة من يوم الجمعة لاستجيب لصاحبه: لا اله إلا أنت، يا حنان يا منان! يا بديع السماوات والأرض! يا ذا الجلال والإكرام!.
[خط، ((الضعيفة)) (1398)]
(Palsu)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seandainya didoakan dengan menggunakan doa ini terhadap sesuatu antara timur dan barat pada satu waktu di hari Juma’at, pasti akan dimustajabkan (diperkenankan) kepada pelakunya, iaitu: Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Engkau! Wahai Hannan, wahai Mannan! Ya Tuhan yang menciptakan langit dan bumi! Wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan!.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1398]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.