Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Doa pada hari Juma'at

Teks Bahasa Arab

لو دَعَي بهذا الدعاءِ على شيءٍ بين المشرقِ والمغربِ في ساعةٍ مِنْ يومِ الجمعةِ لاستُجيبَ لصاحبِه: لا الهَ إلا أنتَ، يا حنانُ يا منانُ! يا بديعَ السماواتِ والأرضِ! يا ذا الجلالِ والإكرامِ!.

Teks Bahasa Melayu

Seandainya didoakan dengan menggunakan doa ini terhadap sesuatu antara timur dan barat pada satu waktu di hari Juma'at, pasti akan dimustajabkan (diperkenankan) kepada pelakunya, iaitu: Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Engkau! Wahai Hannan, wahai Mannan! Ya Tuhan yang menciptakan langit dan bumi! Wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan!.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1418, hadis no. 7201. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبدالله رضي الله عنهما مرفوعا: لو دعي بهذا الدعاء على شيء بين المشرق والمغرب في ساعة من يوم الجمعة لاستجيب لصاحبه: لا اله إلا أنت، يا حنان يا منان! يا بديع السماوات والأرض! يا ذا الجلال والإكرام!. [خط، ((الضعيفة)) (1398)]

(Palsu) Daripada Jabir bin 'Abdillah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Seandainya didoakan dengan menggunakan doa ini terhadap sesuatu antara timur dan barat pada satu waktu di hari Juma'at, pasti akan dimustajabkan (diperkenankan) kepada pelakunya, iaitu: Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Engkau! Wahai Hannan, wahai Mannan! Ya Tuhan yang menciptakan langit dan bumi! Wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan!. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1398]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.