Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
دعاءُ المُحْسَنِ إليه للمُحْسِنِ لا يُرَدُّ.
Teks Bahasa Melayu
Doa orang yang dilakukan kebaikan kepadanya untuk orang orang yang berbuat baik tidak akan ditolak.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1462, hadis no. 7439. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعاً: ((دعاء المحسن إليه للمحسن لا يرد)). [ فر، ((الضعيفة)) (3597)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Umar Ra secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Doa orang yang dilakukan kebaikan kepadanya untuk orang orang yang berbuat baik tidak akan ditolak. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3597]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman