Doa Nabi Yunus AS ketika dalam kegelapan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اسم الله الأعظم؛ الذي إذا دعي به أجاب؛ وإذا سئل به أعطى؛ الدعوة التي دعا بها يونس حيث ناداه في الظلمات الثلاث: {لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nama Allah yang paling agung, yang mana apabila didoakan menggunakan nama tersebut, pasti Dia terima dan apabila diminta menggunakan nama tersebut pasti Dia beri, iaitu doa yang digunakan oleh Nabi Yunus AS ketika baginda menyeru-Nya dalam tiga lapis kegelapan: {Tiada Tuhan selain-Mu, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim} [Surah al-Anbiyā’ ayat 87].

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1440, hadis nombor 7321. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سعد بن مالك رضي الله عنه، قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: اسم الله الأعظم؛ الذي إذا دعي به أجاب؛ وإذا سئل به أعطى؛ الدعوة التي دعا بها يونس حيث ناداه في الظلمات الثلاث: {لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين}. فقال رجل: يا رسول الله! هل كانت ليونس خاصة أم للمؤمنين عامة؟ فقال رسول الله ﷺ: ألا تسمع قول الله -عز وجل-: {ونجيناه من الغم وكذلك ننجي المؤمنين}، وقال رسول الله ﷺ: أيما مسلم دعا بها في مرضه أربعين مرة فمات في مرضه ذلك؛ أعطي أجر شهيد، وإن برأ؛ وقد غفر له جميع ذنوبه.
[ك، ((الضعيفة)) (2775)].

(Lemah)
Daripada Sa‘d bin Mālik RA, beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Nama Allah yang paling agung, yang mana apabila didoakan menggunakan nama tersebut, pasti Dia terima dan apabila diminta menggunakan nama tersebut pasti Dia beri, iaitu doa yang digunakan oleh Nabi Yunus AS ketika baginda menyeru-Nya dalam tiga lapis kegelapan: {Tiada Tuhan selain-Mu, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim} [Surah al-Anbiyā’ ayat 87]. Lalu seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah doa itu khusus untuk Yunus atau untuk semua orang beriman? Rasulullah SAW menjawab: Tidakkah kamu mendengar firman Allah ‘Azza Wa Jalla: {Dan Kami selamatkan dia daripada kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman} [Surah al-Anbiyā’ ayat 88]. Rasulullah SAW juga bersabda: Mana-mana muslim yang berdoa menggunakannya ketika dia sakit sebanyak 40 kali, lalu dia meninggal dunia dalam sakitnya itu, diberikan kepadanya pahala syahid dan sekiranya dia sembuh, maka dia mendapat kesembuhan dan diampunkan semua dosanya.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2775]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.