Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Doa Nabi SAW: Ya Allah! Jangan Engkau biarkan aku bergantung kepada diriku sendiri walaupun hanya untuk sekelip mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu)

Teks Bahasa Arab

اللَّهُمَّ! لَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَلَا تَنْزِعْ مِنِّي صَالِحَ مَا أَعْطَيْتَنِي.

Teks Bahasa Melayu

Ya Allah! Jangan Engkau biarkan aku bergantung kepada diriku sendiri walaupun hanya untuk sekelip mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu), dan janganlah Engkau cabut daripadaku kebaikan yang telah Engkau telah kurniakan kepadaku.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1578, hadis no. 7987. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما-، قال: كان من دعاء رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((اللهم! لا تكلني إلى نفسي طرفة عين، ولا تنزع مني صالح ما أعطيتني)). [البزار، ((الضعيفة)) (7052)].

(Sangat lemah) Daripada Ibn Umar RA: Diantara doa Rasulullah SAW: (("Ya Allah! Jangan Engkau biarkan aku bergantung kepada diriku sendiri walaupun hanya untuk sekelip mata (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu), dan janganlah Engkau cabut daripadaku kebaikan yang telah Engkau telah kurniakan kepadaku.”)) [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7052].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.