Doa Nabi SAW ketika beristisqa’ (memohon hujan turun)

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا استسقى قال: اللهم أنزل في أرضنا زينتها وسكنها، وارزقنا وأنت خير الرازقين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila Nabi SAW beristisqa’ (memohon hujan turun), baginda berdoa: Ya Allah! Turunkan ke bumi kami keindahannya dan ketenangannya serta kurniakanlah rezeki kepada kami, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1533, hadis nombor 7788. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة – رضي الله عنه-، قال: ((كان إذا استسقى قال: اللهم أنزل في أرضنا زينتها وسكنها، وارزقنا وأنت خير الرازقين)). [البزار، طب – والزيادة له-، ((الضعيفة)) (4168، 5634)].

(Lemah) Daripada Samurah RA berkata: ((Apabila Nabi SAW beristisqa’ (memohon hujan turun), baginda berdoa: Ya Allah! Turunkan ke bumi kami keindahannya dan ketenangannya serta kurniakanlah rezeki kepada kami, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki.)) [Riwayat al-Bazzar, al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4168, 5634].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs