Classification icon

Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Doa Nabi SAW ketika beristisqa’ (memohon hujan turun)

Teks Bahasa Arab

كانَ إذا استسقَى قالَ : اللَّهمَّ ! اسقنا غيثًا مُغيثًا مريًّا توسعُ بِهِ لعبادِكَ تغزرُ بِهِ الضَّرعَ وتحيي بِهِ الزَّرعَ.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW ketika beristisqa’ (memohon hujan turun), berdoa: Ya Allah! Turunkanlah kepada kami hujan yang dapat menolong kami, menyenangkan kami, menyuburkan lagi bermanfaat yang diperluaskan kepada hamba-hamba-Mu, diperbanyakkan dengannya susu (ternakan) dan dihidupkan dengannya tumbuhan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Jarrad RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1533, hadis no. 7787. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبدالله بن جراد - رضي الله عنه -، قال: ((كان إذا استسقى قال: اللهم اسقنا غيثا مغيثا مريا، توسع به لعبادك، تغزر به الضرع، وتحيي به الزرع)). [هق، ((الضعيفة)) (5633)].

(Sangat Lemah) Daripada Abdullah bin Jarrad RA berkata: Nabi SAW ketika beristisqa’ (memohon hujan turun), berdoa: ((Ya Allah! Turunkanlah kepada kami hujan yang dapat menolong kami, menyenangkan kami, menyuburkan lagi bermanfaat yang diperluaskan kepada hamba-hamba-Mu, diperbanyakkan dengannya susu (ternakan) dan dihidupkan dengannya tumbuhan.”)) [Riwayat al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5633].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.