Doa Nabi Muhammad SAW ketika menghadapi angin kencang

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – إذا هاجت ريح استقبلها بوجهه، وجثا على ركبتيه، ومد بيديه، وقال: اللهم! إني أسألك خير هذه الريح وخير ما أرسلت به، اللهم! اجعلها رحمة، ولا تجعلها عذابا، اللهم اجعلها رياحا ولا تجعلها ريحا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW apabila angin berhembus kuat baginda akan menghadapkan dirinya ke arah angin dengan wajahnya, sambil duduk di atas pehanya (iaitu secara bersila) dan mengangkat kedua tangannya sambil berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan apa yang dihantar dengannya. Ya Allah! Jadikanlah ia sebagai rahmat dan bukan sebagai azab. Ya Allah! Jadikanlah ia angin yang membawa keuntungan dan jangan jadikan ia angin yang membawa kemusnahan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1533, hadis nombor 7790. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التام) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((كَانَ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا هَاجَتْ رِيحٌ اسْتَقْبَلَها بِوَجْهِهِ، وَجَثَا عَلَى رُكْبَتَيْهِ، وَمَدَّ بِيَدَيْهِ، وَقَالَ: اللَّهُمَّ! إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذِهِ الرِّيحِ وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ، اللَّهُمَّ! اجْعَلْهَا رَحْمَةً، وَلا تَجْعَلْهَا عَذَابًا، اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا رِيَاحًا وَلا تَجْعَلْهَا رِيحًا)). [طب، ((الضعيفة)) (5600)].

(Munkar dengan keseluruhannya)
Daripada Ibn Abbas R.anhuma berkata: (Nabi SAW apabila angin berhembus kuat baginda akan menghadapkan dirinya ke arah angin dengan wajahnya, sambil duduk di atas pehanya (iaitu secara bersila) dan mengangkat kedua tangannya sambil berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan apa yang dihantar dengannya. Ya Allah! Jadikanlah ia sebagai rahmat dan bukan sebagai azab. Ya Allah! Jadikanlah ia angin yang membawa keuntungan dan jangan jadikan ia angin yang membawa kemusnahan.)
[Riwayat al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5600].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs