Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قَالَ دَاوُدُ عَلَيْهِ السَّلَامُ: أَسْألُكَ بِحَقِّ آبَائِي إِبْرَاهيمَ وَإسْحَاقَ، وَيَعْقُوبَ، فَقَالَ: أمَّا إبْرَاهِيمُ فَأُلْقِيَ فِي النَّارِ فَصَبَرَ مِن أَجْلِي وَتلْكَ بَليَّةٌ لَمْ تَنَلْكَ، وَأَمَّا إسْحَاقُ فَبَذَلَ نَفْسَهُ ليُذْبَحَ فَصَبَرَ مِنْ أَجْلِي، وَتِلْكَ بليَّةٌ لَمْ تَنَلْكَ وَأَمَّا يَعْقُوبَ فَغَابَ عَنْهُ يُوسُفُ وَتلْكَ بَليَّةٌ لَمْ تَنَلْكَ.
Teks Bahasa Melayu
Daud AS telah berkata: Aku memohon kepada-Mu dengan hak datuk-datukku, Ibrahim, Ishak dan Ya’kub. Lalu Allah berfirman: Adapun Ibrahim, dia telah dicampakkan ke dalam api neraka lalu dia bersabar kerana Aku dan itu adalah ujian yang kamu tidak merasainya. Adapun Ishak, dia telah menyerahkan dirinya untuk disembelih, lalu dia bersabar kerana Aku dan itu adalah ujian yang kamu tidak merasainya. Adapun Ya’kub, dia telah kehilangan Yusuf dan itu adalah ujian yang kamu tidak merasainya
Sahabat Perawi
- al-Abbas bin Abd al-Muttalib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1657, hadis no. 8366. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada al-‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: ((Daud AS telah berkata: Aku memohon kepada-Mu dengan hak datuk-datukku, Ibrahim, Ishak dan Ya’kub. Lalu Allah berfirman: Adapun Ibrahim, dia telah dicampakkan ke dalam api neraka lalu dia bersabar kerana Aku dan itu adalah ujian yang kamu tidak merasainya. Adapun Ishak, dia telah menyerahkan dirinya untuk disembelih, lalu dia bersabar kerana Aku dan itu adalah ujian yang kamu tidak merasainya. Adapun Ya’kub, dia telah kehilangan Yusuf dan itu adalah ujian yang kamu tidak merasainya)). [Riwayat al-Bazzar dan Ibn Mardawyh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 335].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman