Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Doa memasuki masjid

Teks Bahasa Arab

كانَ- صلَّى اللهِ عليهِ وسلَّم- إذا دَخَلَ المسجدَ قالَ: بسمِ اللهِ ، اللَّهُمَّ صلِّ على محمدٍ ، وإذا خرجَ منَ المسجدِ قالَ: بسمِ اللهِ ، اللَّهُمَّ صلِّ على محمدٍ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila baginda SAW memasuki masjid, baginda akan berkata: Dengan nama Allah, ya Allah! Selawat ke atas Nabi Muhammad. Apabila keluar dari masjid, Baginda akan berkata: Dengan nama Allah! Selawat ke atas Nabi Muhammad.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1591, hadis no. 8037. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر: (البسملة))) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال مرفوعاً: ((كان إذا دخل المسجد، قال: باسم الله، اللهم! صل على محمد. وإذا خرج قال: باسم الله، اللهم! صلِّ على محمد)). [ابن السنى، ((الضعيفة)) (6953)].

(Munkar dengan sebutan Basmalah) Daripada Anas bin Malik RA: “Baginda akan berkata apabila memasuki masjid: Dengan nama Allah, ya Allah! Selawat ke atas Nabi Muhammad. Apabila keluar Baginda berkata: Dengan nama Allah! Selawat ke atas Nabi Muhammad.” [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6953)].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.