Doa memakai pakaian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

رأى علياً أتى غلاماً حدثاً، فاشترى منه قميصاً بثلاثة دراهم، ولبسه إلى ما بين الرسغين إلى الكعبين يقول ولبسه: ((الحمد لله الذي رزقني من الرياش ما أتجمل به في الناس ، وأواري به عورتي)). فقيل: هذا شيء ترويه عن نفسك أو عن نبي الله صلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قال: هذا شيء سمعته من رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقوله عند الكسوة: الحمد لله الذي..إلخ.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan aku baju yang dengannya aku berhias di hadapan manusia, dan menutup auratku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 632, hadis nombor 3284. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مطر: أنه رأى علياً أتى غلاماً حدثاً، فاشترى منه قميصاً بثلاثة دراهم، ولبسه إلى ما بين الرسغين إلى الكعبين يقول ولبسه: ((الحمد لله الذي رزقني من الرياش ما أتجمل به في الناس ، وأواري به عورتي)). فقيل: هذا شيء ترويه عن نفسك أو عن نبي الله صلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قال: هذا شيء سمعته من رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقوله عند الكسوة: الحمد لله الذي..إلخ. [حم، عم، ع، الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6263)].

(Lemah)
Daripada Abu Matar: Bahawa dia melihat Ali mendatangi seorang remaja yang muda, lalu membeli darinya sehelai baju dengan harga 3 dirham, lalu memakainya dari pergelangan tangan hingga ke buku lali lalu berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah merezekikan aku pakaian yang dengannya aku berhias di hadapan manusia, dan aku menutup dengannya auratku.” Dikatakan: Ini (doa tersebut) sesuatu yang engkau ceritakan darimu atau dari Nabi Allah SAW? Dia berkata: Ini adalah sesuatu yang aku dengar daripada Rasulullah SAW tentang pakaian (doanya): “Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan aku baju yang dengannya aku berhias di hadapan manusia, dan menutup auratku.”
[ٌRiwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad dan Abu Ya'la dalam Musnadnya, al-Tabarani dalam al-Dua’, al-Dhaifah no. 6263].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.