Doa manakah yang paling utama?

TEKS BAHASA ARAB

أي الدعاء أفضل؟ قال: دعاء المرء لنفسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Doa manakah yang paling utama? Baginda menjawab: Doa seseorang untuk dirinya sendiri.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1425, hadis nombor 7234. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عائشة رضي الله عنها قالت: سئل رسول الله ﷺ: أي الدعاء أفضل؟ قال: دعاء المرء لنفسه.
[ك، ((الضعيفة)) (1563)]

(Lemah)
Daripada ‘Aishah RA, katanya: Rasulullah SAW pernah ditanya: Doa manakah yang paling utama? Baginda menjawab: Doa seseorang untuk dirinya sendiri.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1563]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs