Doa ketika meredah lautan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أمان لأمتي من الغرق إذا ركبوا البحر أن يقولوا: {بسم الله مجرىها ومرساها} الآية، {وما قدروا الله حق قدره} الآية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Umatku selamat daripada tenggelam sekiranya ketika mereka meredah lautan (menaiki kapal), mereka membaca: {Dengan nama Allah yang melayarkannya dan melabuhkannya} [Surah Hud ayat 41], {Dan tiadalah mereka menghormati Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya} [Surah al-Zumar ayat 67].

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1447, hadis nombor 7358. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن الحسين بن علي بن أبي طالب -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((أمان لأمتي من الغرق إذا ركبوا البحر أن يقولوا: {بسم الله مجرىها ومرساها} الآية، {وما قدروا الله حق قدره} الآية)). [ع، ابن السني، ابن عساكر، الحربي في ((الأمالي))، ((الضعيفة)) (2932)].

(Palsu)
Daripada al-Ḥusain bin ‘Alī bin Abī Ṭālib RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Umatku selamat daripada tenggelam sekiranya ketika mereka meredah lautan (menaiki kapal), mereka membaca: {Dengan nama Allah yang melayarkannya dan melabuhkannya} [Surah Hud ayat 41], {Dan tiadalah mereka menghormati Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya} [Surah al-Zumar ayat 67].
[Riwayat Abū Ya‘lā dalam Musnadnya, Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, Abū al-Ḥasan al-Ḥarbī dalam al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2932].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.