Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أمانٌ لأمتي منَ الغَرَقِ إذا ركِبوا البحرَ أنْ يقولوا: {بِسْمِ اللهِ مَجْرَاها وَمُرْسَاها} الآية، {وَمَا قَدَرُوا اللهَ حَقَّ قَدْرِهِ} الآية.
Teks Bahasa Melayu
Umatku selamat daripada tenggelam sekiranya ketika mereka meredah lautan (menaiki kapal), mereka membaca: {Dengan nama Allah yang melayarkannya dan melabuhkannya} [Surah Hud ayat 41], {Dan tiadalah mereka menghormati Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya} [Surah al-Zumar ayat 67].
Sahabat Perawi
- Al-Husain bin 'Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1447, hadis no. 7358. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن الحسين بن علي بن أبي طالب -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((أمان لأمتي من الغرق إذا ركبوا البحر أن يقولوا: {بسم الله مجرىها ومرساها} الآية، {وما قدروا الله حق قدره} الآية)). [ع، ابن السني، ابن عساكر، الحربي في ((الأمالي))، ((الضعيفة)) (2932)].
(Palsu) Daripada al-Ḥusain bin ‘Alī bin Abī Ṭālib RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Umatku selamat daripada tenggelam sekiranya ketika mereka meredah lautan (menaiki kapal), mereka membaca: {Dengan nama Allah yang melayarkannya dan melabuhkannya} [Surah Hud ayat 41], {Dan tiadalah mereka menghormati Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya} [Surah al-Zumar ayat 67]. [Riwayat Abū Ya‘lā dalam Musnadnya, Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, Abū al-Ḥasan al-Ḥarbī dalam al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2932].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman