Doa ketika menghadapi musibah

TEKS BAHASA ARAB

كان رجل من أصحابه ـ صلى الله عليه وسلم ـ من الأنصار يكنى (أبا معلق) ، وكان تاجرا يتجر بمال له ولغيره يضرب به في الآفاق، وكان ناسكا ورعا، فخرج مرة، فلقيه لص مقنع في السلاح، فقال له: ضع ما معك؛ فإني قاتلك! قال: ما تريد إلى دمي؟ شأنك بالمال. قال: أما المال؛ فلي، ولست أريد إلا دمك. قال: أما إذا أبيت؛ فذرني أصلي أربع ركعات. قال: صل ما بدا لك. فتوضأ، ثم صلى أربع ركعات، فكان من دعائه في آخر سجدة أن قال: يا ودود! يا ذا العرش المجيد! يا فعال لما يريد! أسألك بعزك الذي لايرام، وملكك الذي لا يضام، وبنورك الذي ملأ أركان عرشك أن تكفيني شر هذا اللص، يا مغيث أغثني! (ثلاث مرات) . قال: دعا بها ثلاث مرات، فإذا هو بفارس قد أقبل بيده حربة واضعها بين أذني فرسه، فلما بصر به اللص أقبل نحوه، فطعنه، فقتله. ثم أقبل إليه فقال: قم. قال: من أنت بأبي أنت وأمي؟ فقد أغاثني الله بك اليوم. قال: أنا ملك من السماء الرابعة، دعوت بدعائك الأول، فسمعت لأبواب السماء قعقعة، ثم دعوت بدعائك الثاني، فسمعت لأهل السماء ضجة، ثم دعوت بدعائك الثالث؛ فقيل لي: دعاء مكروب. فسألت الله أن يوليني قتله. قال أنس: فاعلم أنه من توضأ وصلى أربع ركعات، ودعا بهذا الدعاء؛ استجيب له، مكروبا كان أو غير مكروب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Terdapat sahabat Nabi SAW daripada kalangan Ansar digelar (Abu Mi’laq), dia merupakan seorang peniaga yang berniaga dengan hartanya dan juga harta orang lain, dia turut keluar untuk berniaga di serata tempat dan dia dikenali sebagai seorang yang kuat beribadah dan warak. Suatu hari dia keluar, lalu dia terjumpa pencuri yang bersenjata. Dia (pencuri) berkata: Tinggalkan apa yang ada bersama kamu! Sesungguhnya aku akan membunuhmu. Dia berkata: Apa yang kamu mahu bahkan juga darahku? Adakah kamu inginkan harta? Dia menjawab: Adapun harta, aku sudah ada dan aku tidak ingin yang lain melainkan darahmu. Dia berkata: Jika kamu tidak kisah, izinkan aku untuk solat sebanyak empat rakaat. Dia menjawab: Solatlah sepertimana yang kamu kehendaki. Lalu dia pun berwuduk dan solat sebanyak empat rakaat. Adapun daripada doanya pada akhir sujudnya iaitu: Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang! Wahai Pemilik Arasy yang teragung! Wahai pelaksana segala apa yang Engkau kehendaki, aku meminta dengan kemuliaan-Mu yang tidak berkurang, kerajaan-Mu yang tidak akan binasa dan di atas cahaya-Mu yang menyinari Arasy-Mu, Kau jauhkanlah aku daripada keburukan pencuri ini. Wahai yang Maha memberi pertolongan! Tolonglah aku (sebanyak tiga kali). Dia berdoa dengannya sebanyak tiga kali. Setelah itu, dia melihat seorang yang berkuda telah datang, di tangannya terdapat pisau kecil yang diletakkan di antara dua telinga kuda. Apabila pencuri itu melihatnya, dia mendatanginya (ingin menyerangnya), kemudian orang itu menikam dan membunuh pencuri itu. Selepas itu, lelaki berkuda itu mendatangi peniaga itu dan berkata: Bangunlah! Si peniaga pun bertanya: Siapakah kamu, demi ayahku kamu dan ibuku? Sesungguhnya Allah telah menyelamatkan aku pada hari ini disebabkan kamu. Jawabnya: Aku adalah malaikat dari langit keempat. Kamu telah berdoa pada kali pertama, didengari di pintu-pintu langit bunyi ketukan keras. Kemudian kamu berdoa kali yang kedua, didengari oleh penduduk langit suara teriakan. Kemudian kamu berdoa kali ketiga, dikatakan kepadaku: Itu doa orang yang sedang di dalam kesulitan. Maka aku memohon kepada Allah untuk membantu membunuh (orang yang menzaliminya). Kata Anas: Ketahuilah bahawa sesiapa yang berwuduk, kemudian dia solat sebanyak empat rakaat dan berdoa dengan doa ini, nescaya akan dimakbulkan doanya sama ada dalam keadaan kesusahan ataupun tidak.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1534, hadis nombor 7792. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: ((كان رَجُلٌ من أصحابه ـ صلى الله عليه وسلم ـ من الأنصار يكنى (أبا معلق) ، وكان تاجراً يتَّجِرُ بمال له ولغيره يضربُ به في الآفاق، وكان ناسكاً ورعاً، فخرجَ مرةً، فلقيه لصٌّ مقنعٌ في السِّلاح، فقال له: ضَعْ ما معكَ؛ فإني قاتِلُكَ! قال: ما تريدُ إلى دمي؟ شأنك بالمال. قال: أما المالُ؛ فَلِي، ولستُ أريدُ إلا دَمَكَ. قال: أما إذا أبيتَ؛ فََذَرْني أُصَلِّّي أربع ركعات. قال: صَلِّ ما بدا لك. فتوضأ، ثم صلَّى أربع ركعات، فكان مِنْ دُعَائه في آخر سجدة أن قال: يا ودودُ! يا ذا العَرْشِ المجيد! يا فعالٌ لما يريد! أسألُكَ بِعِزِّكَ الذي لايُرَامُ، ومُلْكِكَ الذي لا يُضَامُ، وبِنُورِكَ الذي ملأ أركانَ عرشِكَ أنْ تكفِيَنِي شرَّ هذا اللصِّ، يا مغيثُ أَغِثْنِي! (ثلاث مرات) . قال: دعا بها ثلاث مرات، فإذا هو بفارسٍ قد أقبل بيده حربةُ واضعها بين أُذُنَيْ فرسِهِ، فلما بصُر به اللصُّ أقبل نحوه، فطعنَه، فقتله. ثم أقبلَ إليه فقال: قُمْ. قال: من أنت بأبي أنت وأمي؟ فقد أغاثني اللهُ بك اليوم. قال: أنا ملكٌ من السَّماءِ الرابعَةِ، دعوتَ بدعائِكَ الأول، فَسُمِعَتْ لأبواب السماء قَََعْقَعَةٌ، ثم دعوت بدعائكَ الثاني، فسُمِعتْ لأهل السماء ضجةٌ، ثم دعوت بدعائك الثالث؛ فقيل لي: دعاءُ مكروب. فسألتُ الله أن يوليني قَتلََهُ. قال أنس: فاعلمْ أنه مَنْ توضأ وصلَّى أربع ركعاتٍ، ودعا بهذا الدعاء؛ استُجيبَ له، مكروباً كان أو غيرَ مكروب)). [ابن أبي الدنيا في ((مجابي الدعوة))، ((الضعيفة)) (5737)].

(Palsu) Daripada Anas RA berkata: (Terdapat sahabat Nabi SAW daripada kalangan Ansar digelar (Abu Mi’laq), dia merupakan seorang peniaga yang berniaga dengan hartanya dan juga harta orang lain, dia turut keluar untuk berniaga di serata tempat dan dia dikenali sebagai seorang yang kuat beribadah dan warak. Suatu hari dia keluar, lalu dia terjumpa pencuri yang bersenjata. Dia (pencuri) berkata: Tinggalkan apa yang ada bersama kamu! Sesungguhnya aku akan membunuhmu. Dia berkata: Apa yang kamu mahu bahkan juga darahku? Adakah kamu inginkan harta? Dia menjawab: Adapun harta, aku sudah ada dan aku tidak ingin yang lain melainkan darahmu. Dia berkata: Jika kamu tidak kisah, izinkan aku untuk solat sebanyak empat rakaat. Dia menjawab: Solatlah sepertimana yang kamu kehendaki. Lalu dia pun berwuduk dan solat sebanyak empat rakaat. Adapun daripada doanya pada akhir sujudnya iaitu: Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang! Wahai Pemilik Arasy yang teragung! Wahai pelaksana segala apa yang Engkau kehendaki, aku meminta dengan kemuliaan-Mu yang tidak berkurang, kerajaan-Mu yang tidak akan binasa dan di atas cahaya-Mu yang menyinari Arasy-Mu, Kau jauhkanlah aku daripada keburukan pencuri ini. Wahai yang Maha memberi pertolongan! Tolonglah aku (sebanyak tiga kali). Dia berdoa dengannya sebanyak tiga kali. Setelah itu, dia melihat seorang yang berkuda telah datang, di tangannya terdapat pisau kecil yang diletakkan di antara dua telinga kuda. Apabila pencuri itu melihatnya, dia mendatanginya (ingin menyerangnya), kemudian orang itu menikam dan membunuh pencuri itu. Selepas itu, lelaki berkuda itu mendatangi peniaga itu dan berkata: Bangunlah! Si peniaga pun bertanya: Siapakah kamu, demi ayahku kamu dan ibuku? Sesungguhnya Allah telah menyelamatkan aku pada hari ini disebabkan kamu. Jawabnya: Aku adalah malaikat dari langit keempat. Kamu telah berdoa pada kali pertama, didengari di pintu-pintu langit bunyi ketukan keras. Kemudian kamu berdoa kali yang kedua, didengari oleh penduduk langit suara teriakan. Kemudian kamu berdoa kali ketiga, dikatakan kepadaku: Itu doa orang yang sedang di dalam kesulitan. Maka aku memohon kepada Allah untuk membantu membunuh (orang yang menzaliminya). Kata Anas: Ketahuilah bahawa sesiapa yang berwuduk, kemudian dia solat sebanyak empat rakaat dan berdoa dengan doa ini, nescaya akan dimakbulkan doanya sama ada dalam keadaan kesusahan ataupun tidak.)
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya di dalam Mujabi al-Da’wah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5737].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs