Doa ketika memakai pakaian baharu

TEKS BAHASA ARAB

من استجد ثوبا فقال حين بلغ ترقوته: الحمد لله الذي كساني ما أواري به عورتي، وأتجمل به في حياتي، ثم عمد إلى الثوب الذي أخلق، فتصدق به؛ كان في ذمة الله، وفي جوار الله، وفي كنف الله حياً وميتا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang memakai pakaian baharu lalu dia menyebut ketika menyarung pakaian sampai ke tulang leher: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian kepadaku yang dengannya aku menutup auratku dan dengannya juga aku memperindahkan hidupku." Kemudian dia mengambil baju yang lama lalu dia menyedekahkannya, nescaya dia akan sentiasa berada dalam jagaan Allah, serta berada berhampiran dengan Allah dan sentiasa berada di dalam perlindungan Allah sama ada dalam keadaan hidup atau mati."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1628, hadis nombor 8229. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من استجد ثوباً فقال حين بلغ ترقوته: الحمد لله الذي كساني ما أواري به عورتي، وأتجمل به في حياتي، ثم عمد إلى الثوب الذي أخلق، فتصدق به؛ كان في ذمة الله، وفي جوار الله، وفي كنف الله حياً وميتاً)). [حم، ابن النقور في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (4542)].

(Lemah)
Daripada Umar bin al-Khattab RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Barang siapa yang memakai pakaian baharu lalu dia menyebut ketika menyarung pakaian sampai ke tulang leher: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian kepadaku yang dengannya aku menutup auratku dan dengannya juga aku memperindahkan hidupku." Kemudian dia mengambil baju yang lama lalu dia menyedekahkannya, nescaya dia akan sentiasa berada dalam jagaan Allah, serta berada berhampiran dengan Allah dan sentiasa berada di dalam perlindungan Allah sama ada dalam keadaan hidup atau mati." ))
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya dan Ibn al-Nuqur dalam al-Juz al-Awwal min al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4542].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs