Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Doa ketika memakai pakaian baharu

Teks Bahasa Arab

إذا لبس أحدكم ثوبا جديدا فليقل: الحمد لله الذي كساني ما أواري به عورتي واتجمل به في الناس.

Teks Bahasa Melayu

Sekiranya salah seorang daripada kamu memakai pakaian baharu maka bacalah doa: Segala puji bagi Allah yang memberiku pakaian yang dapat aku menutupi auratku dengannya dan menjadi cantik dengannya dalam kalangan manusia.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1619, hadis no. 8173. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالرحمن بن أبي ليلى مرفوعا: ((إذا لبس أحدكم ثوبا جديدا فليقل: الحمد لله الذي كساني ما أواري به عورتي واتجمل به في الناس)). [ش، ابن سعد، ((الضعيفة)) (2700)]

(Lemah) Daripada Abd Al-Rahman Bin Ubay Laila secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya salah seorang daripada kamu memakai pakaian baharu maka bacalah doa: Segala puji bagi Allah yang memberiku pakaian yang dapat aku menutupi auratku dengannya dan menjadi cantik dengannya dalam kalangan manusia. [Diriwayatkan oleh Musannaf Ibn Abi Shaibah, Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2700]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.