Doa ketika I'tidal

TEKS BAHASA ARAB

إِذَا قال الإمام: سمع الله لمن حمده؛ فليقل من وراءه: سمع اَللَّه لمن حمده، [اَللَّهُمَّ! ربّنا ولك الحمد].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika imam membaca: "Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya", maka hendaklah yang berada di belakang imam mengucapakan: "Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya", "Ya Allah Tuhan kami! dan bagi-Mu segala pujian.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1524, hadis nombor 7750. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إِذَا قال الإمام: سمع الله لمن حمده؛ فليقل من وراءه: سمع اَللَّه لمن حمده، [اَللَّهُمَّ! ربّنا ولك الحمد])). [قط، ((الضعيفة))(5977)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika imam membaca: "Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya", maka hendaklah yang berada di belakang imam mengucapakan: "Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya", "Ya Allah Tuhan kami! dan bagi-Mu segala pujian.”
[Riwayat al-Daraqutni di dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5977].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs