Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا قالَ الإمامُ سمعَ اللَّهُ لمن حمدَهُ. فليقُلْ مَن وراءَهُ سمعَ اللَّهُ لمن حمدَهُ [اللَّهم ربَّنا ولَكَ الحمدُ].
Teks Bahasa Melayu
Jika imam membaca: "Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya", maka hendaklah yang berada di belakang imam mengucapakan: "Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya", "Ya Allah Tuhan kami! dan bagi-Mu segala pujian.”
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1524, hadis no. 7750. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إِذَا قال الإمام: سمع الله لمن حمده؛ فليقل من وراءه: سمع اَللَّه لمن حمده، [اَللَّهُمَّ! ربّنا ولك الحمد])). [قط، ((الضعيفة))(5977)].
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jika imam membaca: "Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya", maka hendaklah yang berada di belakang imam mengucapakan: "Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya", "Ya Allah Tuhan kami! dan bagi-Mu segala pujian.” [Riwayat al-Daraqutni di dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5977].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman