Doa ketika hendak keluar masjid

TEKS BAHASA ARAB

إن أحدكم إذا أراد أن يخرج من المسجد تداعت جنود إبليس وأجلبت واجتمعت كما تجتمع النحل على يعسوبها، فإذا قام أحدكم على باب المسجد فليقل: اللهم إني أعوذ بك من إبليس وجنوده؛ فإنه إذا قالها لم يضره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya salah seorang daripada kalian apabila dia hendak keluar dari masjid, maka tentera-tentera iblis saling menyeru, menyerbu dan berhimpun sebagaimana lebah menghurung ratunya. Justeru, apabila salah seorang daripada kalian berdiri di pintu masjid, maka ucapkanlah: ‘Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada iblis dan bala tenteranya’, sesungguhnya apabila dia mengucapkannya (doa itu), iblis tidak akan dapat memudaratkannya.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1447, hadis nombor 7360. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((إن أحدكم إذا أراد أن يخرج من المسجد تداعت جنود إبليس وأجلبت واجتمعت كما تجتمع النحل على يعسوبها، فإذا قام أحدكم على باب المسجد فليقل: اللهم إني أعوذ بك من إبليس وجنوده؛ فإنه إذا قالها لم يضره)). [ابن السني، فر، ((الضعيفة)) (2967)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abū Umāmah RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Sesungguhnya salah seorang daripada kalian apabila dia hendak keluar dari masjid, maka tentera-tentera iblis saling menyeru, menyerbu dan berhimpun sebagaimana lebah menghurung ratunya. Justeru, apabila salah seorang daripada kalian berdiri di pintu masjid, maka ucapkanlah: ‘Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada iblis dan bala tenteranya’, sesungguhnya apabila dia mengucapkannya (doa itu), iblis tidak akan dapat memudaratkannya.
[Riwayat Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2967].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs