TEKS BAHASA ARAB
إذا أصابت أحدكم مصيبة، فليقل: {إنا لله وإنا إليه راجعون}، اللهم عندك أحتسب مصيبتي، فآجرني فيها، وأبدل لي بها خيرا منها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila seseorang kamu ditimpa musibah, maka ucapkanlah: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali, Ya Allah! Kepada-Mu aku serahkan musibahku, maka berikanlah aku ganjaran terhadap musibah tersebut dan gantikanlah aku sesuatu yang lebih baik berbandingnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1429, hadis nombor 7257. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: قال رسول الله ﷺ: إذا أصابت أحدكم مصيبة، فليقل: {إنا لله وإنا إليه راجعون}، اللهم عندك أحتسب مصيبتي، فآجرني فيها، وأبدل لي بها خيرا منها.
[د، ابن السني، ك، حم، ((الضعيفة)) (2382)]
(Lemah)
Daripada Ummi Salamah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu ditimpa musibah, maka ucapkanlah: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali, Ya Allah! Kepada-Mu aku serahkan musibahku, maka berikanlah aku ganjaran terhadap musibah tersebut dan gantikanlah aku sesuatu yang lebih baik berbandingnya.
[Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan, Ibn al-Sunni dan Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2382]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.