Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا تَطَهَّرَ أحدُكُم؛ فَلْيَذْكُرِ اسْمَ اللهِ تعالى؛ فإنهُ يطهر جسدهُ كلّه، وإذا لم يذكُر اسمَ الله تعالى على طهُرِه؛ لم يطهرْ إلا ما مَرَّ عليه الماءُ، وإذا فَرَغَ أحدُكُم من طهُورِهِ؛ فَلْيَشْهَدْ أن لا إله إلا الله، وأن محمداً عبده ورسوله؛ ثم ليُصَلِّ عليه، فإذا قالَ ذلك؛ فُتحتْ له أبوابُ الجنةِ.
Teks Bahasa Melayu
Jika salah seorang di antara kamu bersuci maka sebutlah nama Allah SWT, kerana sesungguhnya ia akan menyucikan jasad kamu seluruhnya. Sekiranya dia tidak menyebut nama Allah SWT di permulaan penyuciannya, maka tidak akan suci melainkan tempat yang dilalui air. Dan sekiranya salah seorang di antara kamu selesai daripada bersuci, maka bersaksilah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya kemudian berselawatlah ke atasnya. Jika dia membaca sedemikian maka akan dibuka untuknya pintu-pintu syurga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1523, hadis no. 7745. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu dengan semuanya) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu bersuci maka sebutlah nama Allah SWT, kerana sesungguhnya ia akan menyucikan jasad kamu seluruhnya. Sekiranya dia tidak menyebut nama Allah SWT dalam penyuciannya, tidak akan suci melainkan tempat yang dilalui air. Dan sekiranya salah seorang di antara kamu selesai daripada bersuci, maka bersaksilah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah hamba-Nya dan pesuruh-Nya kemudian berselawatlah ke atasnya. Jika dia membaca sedemikian maka akan dibuka untuknya pintu-pintu syurga.” [Riwayat Ibn Jami’ di dalam Mu’jam al-Shuyukh dan al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5691].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman