Doa baginda yang paling banyak sewaktu hari Arafah

TEKS BAHASA ARAB

كان أكثر دعائه يوم عرفة: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Doa baginda yang paling banyak sewaktu hari Arafah ialah: Tiada Tuhan selain Allah, dia yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya, baginya kekuasaan dan segala pujian, di tanganNya setiap kebaikan, dan Dialah yang berkuasa atas setiap sesuatu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 743, hadis nombor 3807. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو -رضي الله عنهما – مرفوعا: «كان أكثر دعائه يوم عرفة: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير».
[حم، حل، ابن عساكر في «حديث عبدالخلاق الهروي وغيره»، «الضعيفة» (4221)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Doa baginda yang paling banyak sewaktu hari Arafah ialah: Tiada Tuhan selain Allah, dia yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya, baginya kekuasaan dan segala pujian, di tanganNya setiap kebaikan, dan Dialah yang berkuasa atas setiap sesuatu.”
[Riwayat Musnad Ahmad, Abu Nuaim dalam al-Hilyah, Ibn Asakir dalam Hadis Abd al-Khalaq al-Harawi dan selainnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4221]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs