Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان أكثرُ دعائِه يومَ عرفةَ: لا إلهَ إلا اللهُ وحدهُ لا شريك لهُ، له الملكُ وله الحمدُ، بيده الخيرُ، وهو على كلِّ شيءٍ قديرٌ.
Teks Bahasa Melayu
Doa baginda yang paling banyak sewaktu hari Arafah ialah: Tiada Tuhan selain Allah, dia yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya, baginya kekuasaan dan segala pujian, di tanganNya setiap kebaikan, dan Dialah yang berkuasa atas setiap sesuatu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 743, hadis no. 3807. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو -رضي الله عنهما - مرفوعا: «كان أكثر دعائه يوم عرفة: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، بيده الخير، وهو على كل شيء قدير». [حم، حل، ابن عساكر في «حديث عبدالخلاق الهروي وغيره»، «الضعيفة» (4221)]
(Daif) Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Doa baginda yang paling banyak sewaktu hari Arafah ialah: Tiada Tuhan selain Allah, dia yang Maha Esa dan tiada sekutu baginya, baginya kekuasaan dan segala pujian, di tanganNya setiap kebaikan, dan Dialah yang berkuasa atas setiap sesuatu.” [Riwayat Musnad Ahmad, Abu Nuaim dalam al-Hilyah, Ibn Asakir dalam Hadis Abd al-Khalaq al-Harawi dan selainnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4221]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman