Doa baginda SAW ketika sujud

TEKS BAHASA ARAB

كان ﷺ يقول في سجوده إذا سجد: سجد لك سوادي وخيالي، وآمن بك فؤادي، أبوء بنعمتك علي، هذه يداي وما جنيت على نفسي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW mengucapkan dalam sujudnya, apabila Baginda sujud: Diriku dan fikiranku telah sujud kepada-Mu, hatiku juga telah beriman kepada-Mu, aku mengakui akan nikmat-Mu kepadaku, ini adalah kedua tanganku dan aku mengakui kejahatan (kesalahan) yang telah aku lakukan terhadap diriku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1433, hadis nombor 7280. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه، قال: كان ﷺ يقول في سجوده إذا سجد: سجد لك سوادي وخيالي، وآمن بك فؤادي، أبوء بنعمتك علي، هذه يداي وما جنيت على نفسي.
[ابن نصر في ((قيام الليل))، البزار، ((الضعيفة)) (2145)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin Mas’ud RA, katanya: Baginda SAW mengucapkan dalam sujudnya, apabila Baginda sujud: Diriku dan fikiranku telah sujud kepada-Mu, hatiku juga telah beriman kepada-Mu, aku mengakui akan nikmat-Mu kepadaku, ini adalah kedua tanganku dan aku mengakui kejahatan (kesalahan) yang telah aku lakukan terhadap diriku.
[Riwayat Ibn Nasr dalam Qiyam al-Layl dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2145]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs