Doa Baginda SAW apabila mendengar guruh dan kilat

TEKS BAHASA ARAB

كان ﷺ إذا سمع صوت الرعد والصواعق، قال: اللهم لا تقتلنا بغضبك، ولا تهلكنا بعذابك، وعافنا قبل ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW apabila mendengar guruh dan kilat, Baginda mengucapkan: Ya Allah! Janganlah kamu membunuh kami kerana kemurkaan-Mu, janganlah kamu membinasakan kami dengan azab-Mu dan maafkanlah kami sebelum itu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1417, hadis nombor 7194. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما، قال: كان ﷺ إذا سمع صوت الرعد والصواعق، قال: اللهم لا تقتلنا بغضبك، ولا تهلكنا بعذابك، وعافنا قبل ذلك.
[خد، ت، ك، ابن السني، ن في ((عمل اليوم والليلة))، هق، حم، ((الضعيفة)) (1042)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Umar RA, katanya: Baginda SAW apabila mendengar guruh dan kilat, Baginda mengucapkan: Ya Allah! Janganlah kamu membunuh kami kerana kemurkaan-Mu, janganlah kamu membinasakan kami dengan azab-Mu dan maafkanlah kami sebelum itu.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, al-Tirmizi dalam al-Sunan, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn al-Sunni, al-Nasa'ei dalam 'Amal al-Yawm Wa al-Laylah, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1042]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs