Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama serta cahaya langit dan bumi

TEKS BAHASA ARAB

الدعاء سلاح المؤمن، وعماد الدين، ونور السماوات والأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama serta cahaya langit dan bumi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1403, hadis nombor 7109. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي رضي الله عنه مرفوعا: الدعاء سلاح المؤمن، وعماد الدين، ونور السماوات والأرض.
[ع، عد، ك، القضاعي، ((الضعيفة)) (179)]

(Palsu)
Daripada ‘Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama serta cahaya langit dan bumi.
[Riwayat Abu Ya'la dalam al-Musnad, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Quda'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 179]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs