Doa adalah salah satu tentera Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

الدعاء جند من أجناد الله تبارك وتعالى، مجند يرد القضاء بعد أن يبرم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Doa adalah salah satu tentera Allah Tabaraka Wa Ta’ala, ia ditugaskan untuk menolak qada’ setelah ia ditetapkan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1425 – 1426 , hadis nombor 7240. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن نمير بن أوس الأشعري مرفوعا: الدعاء جند من أجناد الله تبارك وتعالى، مجند يرد القضاء بعد أن يبرم.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1899)]

(Palsu)
Daripada Numair bin ‘Aws al-Ash’ariy secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Doa adalah salah satu tentera Allah Tabaraka Wa Ta’ala, ia ditugaskan untuk menolak qada’ setelah ia ditetapkan.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1899]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs