Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدعاءُ مِفتاحُ الرحمةِ، والوضوءُ مِفتاحُ الصلاةِ، والصلاةُ مِفتاحُ الجنةِ.
Teks Bahasa Melayu
Doa adalah kunci penarik rahmat, wuduk adalah kunci pembuka solat, dan solat adalah kunci pembuka syurga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1463, hadis no. 7443. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعاً: ((الدعاء مفتاح الرحمة، والوضوء مفتاح الصلاة، والصلاة مفتاح الجنة.)) [فر، ((الضعيفة (3609)]
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Doa adalah kunci penarik rahmat, wuduk adalah kunci pembuka solat, dan solat adalah kunci pembuka syurga. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3609]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman