Doa memakai pakaian dan kelebihan menyedekahkan pakaian

TEKS BAHASA ARAB

من لبس ثوبا جديدا فقال: الحمد لله الذي كساني ما أواري عورتي، وأتجمل به في حياتي، ثم عمد إلى الثوب الذي أخلق، – أو قال: ألقى – فتصدق به؛ كان في كنف الله، وفي حفظ الله، وفي ستر الله حيا وميتا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memakai pakaian baru kemudian berdoa: ‘Segala puji bagi Allah yang memakaikan kepada aku apa yang dengannya aku dapat menutup auratku, dan aku dapat berhias dengannya dalam hidupku’, kemudian mengambil pakaian yang lama lalu dia bersedekah dengannya, dia akan berada dalam pemeliharaan Allah, penjagaan Allah, dan sentiasa dalam perlindungan Allah ketika hidup dan ketika mati.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 888, hadis nombor 4556. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أمامة-رضي الله عنه- مرفوعا: لبس عمر ابن الخطاب ثوبا جديدا، فقال: الحمد لله الذي كساني ما أواري عورتي، وأتجمل به في حياتي، ثم قال: ((من لبس ثوبا جديدا فقال: الحمد لله الذي كساني ما أواري عورتي، وأتجمل به في حياتي، ثم عمد إلى الثوب الذي أخلق، – أو قال: ألقى – فتصدق به؛ كان في كنف الله، وفي حفظ الله، وفي ستر الله حيا وميتا. قالها ثلاثا)). [ش، هـ، ابن السني، ت، ك، ابن أبي الدنيا في ((الشكر))، هق في ((الشعب))، طب في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (4649)].

(Lemah)
Daripada Abu Umamah RA berkata: Umar bin al-Khattab memakai baju baru. Lalu beliau berkata: Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku apa yang dengannya aku menutup auratku, dan berhias dengannya dalam hidupku. Kemudian beliau menyebutkan hadis: “Sesiapa yang memakai pakaian baru kemudian berdoa: ‘Segala puji bagi Allah yang memakaikan kepada aku apa yang dengannya aku dapat menutup auratku, dan aku dapat berhias dengannya dalam hidupku’, kemudian mengambil pakaian yang lama lalu dia bersedekah dengannya, dia akan berada dalam pemeliharaan Allah, penjagaan Allah, dan sentiasa dalam perlindungan Allah ketika hidup dan ketika mati.” Beliau menyebutkannya 3 kali.
[Riwayat Musannaf Ibn Abi Syaibah, Sunan Ibn Majah, Ibn al-Sunni, Sunan Tirmidzi, Mustadrak al-Hakim, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Syukr, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman dan al-Tabarani dalam al-Dua. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4649].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs