Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من لبس ثوبًا جديدًا فقال : الحمدُ للهِ الذي كساني ما أُواري عَوْرتي، وأتجمَّلُ بهِ في حياتي، ثم عمدَ إلى الثوبِ الذي أخلقَ، - أو قال : ألقى - فتصدقَّ بهِ ؛ كان في كنفِ اللهِ، وفي حفظِ اللهِ، وفي سترِ اللهِ حيًّا وميتًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memakai pakaian baru kemudian berdoa: 'Segala puji bagi Allah yang memakaikan kepada aku apa yang dengannya aku dapat menutup auratku, dan aku dapat berhias dengannya dalam hidupku', kemudian mengambil pakaian yang lama lalu dia bersedekah dengannya, dia akan berada dalam pemeliharaan Allah, penjagaan Allah, dan sentiasa dalam perlindungan Allah ketika hidup dan ketika mati.”
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 888, hadis no. 4556. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أمامة-رضي الله عنه- مرفوعا: لبس عمر ابن الخطاب ثوبا جديدا، فقال: الحمد لله الذي كساني ما أواري عورتي، وأتجمل به في حياتي، ثم قال: ((من لبس ثوبا جديدا فقال: الحمد لله الذي كساني ما أواري عورتي، وأتجمل به في حياتي، ثم عمد إلى الثوب الذي أخلق، - أو قال: ألقى - فتصدق به؛ كان في كنف الله، وفي حفظ الله، وفي ستر الله حيا وميتا. قالها ثلاثا)). [ش، هـ، ابن السني، ت، ك، ابن أبي الدنيا في ((الشكر))، هق في ((الشعب))، طب في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (4649)].
(Lemah) Daripada Abu Umamah RA berkata: Umar bin al-Khattab memakai baju baru. Lalu beliau berkata: Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku apa yang dengannya aku menutup auratku, dan berhias dengannya dalam hidupku. Kemudian beliau menyebutkan hadis: "Sesiapa yang memakai pakaian baru kemudian berdoa: 'Segala puji bagi Allah yang memakaikan kepada aku apa yang dengannya aku dapat menutup auratku, dan aku dapat berhias dengannya dalam hidupku', kemudian mengambil pakaian yang lama lalu dia bersedekah dengannya, dia akan berada dalam pemeliharaan Allah, penjagaan Allah, dan sentiasa dalam perlindungan Allah ketika hidup dan ketika mati.” Beliau menyebutkannya 3 kali. [Riwayat Musannaf Ibn Abi Syaibah, Sunan Ibn Majah, Ibn al-Sunni, Sunan Tirmidzi, Mustadrak al-Hakim, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Syukr, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman dan al-Tabarani dalam al-Dua. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4649].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman