Diziarahi oleh sepuluh ribu orang khadam setiap hari pada waktu pagi dan petang

TEKS BAHASA ARAB

إن أدنى أهل الجنة منزلة – وليس فيها دنيء – لمن يغدو عليه ويروح في كل يوم عشرة آلاف خادم، مع كل خادم ‌منهم ‌طرفة ليست مع صاحبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kedudukan ahli syurga yang paling rendah – dan tiada padanya yang lebih rendah – adalah sesiapa yang diziarahi oleh 10,000 orang khadam setiap hari pada waktu pagi dan petang, dan setiap orang khadam itu ada sesuatu yang tidak ada pada pemiliknya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 715, hadis nombor 3654. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: إن أدنى أهل الجنة منزلة – وليس فيها دنيء – لمن يغدو عليه ويروح في كل يوم عشرة آلاف خادم، مع كل خادم ‌منهم ‌طرفة ليست مع صاحبه.
[أبو نعيم في ((صفة الجنة))، ((الضعيفة)) (6901)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya kedudukan ahli syurga yang paling rendah – dan tiada padanya yang lebih rendah – adalah sesiapa yang diziarahi oleh 10,000 orang khadam setiap hari pada waktu pagi dan petang, dan setiap orang khadam itu ada sesuatu yang tidak ada pada pemiliknya.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Sifat al-Jannah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6901]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs