Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أدنَى أهلَ الجنةِ منزلةً - وليسَ فيها دنيٌء - لمن يَغدوَ عليهِ ويروحُ في كلِّ يومٍ عشرةُ آلافِ خادمٍ، مع كلِّ خادمٍ منهم طُرْفَةٌ ليستْ معَ صاحبِه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya kedudukan ahli syurga yang paling rendah – dan tiada padanya yang lebih rendah - adalah sesiapa yang diziarahi oleh 10,000 orang khadam setiap hari pada waktu pagi dan petang, dan setiap orang khadam itu ada sesuatu yang tidak ada pada pemiliknya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 715, hadis no. 3654. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: إن أدنى أهل الجنة منزلة - وليس فيها دنيء - لمن يغدو عليه ويروح في كل يوم عشرة آلاف خادم، مع كل خادم منهم طرفة ليست مع صاحبه. [أبو نعيم في ((صفة الجنة))، ((الضعيفة)) (6901)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya kedudukan ahli syurga yang paling rendah – dan tiada padanya yang lebih rendah - adalah sesiapa yang diziarahi oleh 10,000 orang khadam setiap hari pada waktu pagi dan petang, dan setiap orang khadam itu ada sesuatu yang tidak ada pada pemiliknya. [Riwayat Abu Nu'aim dalam Sifat al-Jannah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6901]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman