Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Diyat bagi kafir zimmi sama

Teks Bahasa Arab

دِيَةُ الذِّمِّيِّ دِيَةُ المُسْلِمِ.

Teks Bahasa Melayu

Diyat bagi kafir zimmi sama seperti diyat bagi muslim.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 36, hadis no. 182. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn Hibban berkata di bawah biografi 'Abdullah bin Karz melalui kitab al-Dhu'afa': "Sesungguhnya ia palsu". Saya pula berkata: "Ia rekaan orang yang bertaqlid kepada Abu Hanifah".

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.