TEKS BAHASA ARAB
تجب الصلاة على الغلام إذا عقل، والصوم إذا أطاق، وتجري عليه الشهادة والحدود إذا احتلم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Diwajibkan solat (fardhu) ke atas kanak-kanak apabila dia telah berakal (boleh berfikir sendiri), (wajib) berpuasa apabila dia mampu, dan berlaku ke atasnya penyaksian (iaitu dia boleh untuk menjadi saksi) dan juga (hukum) hudud apabila dia telah bermimpi (baligh).
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 274, hadis nombor 1426. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((تجب الصلاة على الغلام إذا عقل، والصوم إذا أطاق، وتجري عليه الشهادة والحدود إذا احتلم)).
[عد، ((الضعيفة)) (3386)]
(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas ―raḍiyallāhu ‘anhuma― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Diwajibkan solat (fardhu) ke atas kanak-kanak apabila dia telah berakal (boleh berfikir sendiri), (wajib) berpuasa apabila dia mampu, dan berlaku ke atasnya penyaksian (iaitu dia boleh untuk menjadi saksi) dan juga (hukum) hudud apabila dia telah bermimpi (baligh).
[Riwayat al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3386].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.