Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Diwajibkan solat ke atas kanak-kanak apabila dia telah berakal

Teks Bahasa Arab

تجبُ الصلاةُ على الغلامِ إذا عَقَلَ، والصومُ إذا أطاق، وتجري عليه الشهادةُ والحدودُ إذا احتَلَم.

Teks Bahasa Melayu

Diwajibkan solat (fardhu) ke atas kanak-kanak apabila dia telah berakal (boleh berfikir sendiri), (wajib) berpuasa apabila dia mampu, dan berlaku ke atasnya penyaksian (iaitu dia boleh untuk menjadi saksi) dan juga (hukum) hudud apabila dia telah bermimpi (baligh).

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 274, hadis no. 1426. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((تجب الصلاة على الغلام إذا عقل، والصوم إذا أطاق، وتجري عليه الشهادة والحدود إذا احتلم)). [عد، ((الضعيفة)) (‌‌3386)]

(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Abbas ―raḍiyallāhu ‘anhuma― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Diwajibkan solat (fardhu) ke atas kanak-kanak apabila dia telah berakal (boleh berfikir sendiri), (wajib) berpuasa apabila dia mampu, dan berlaku ke atasnya penyaksian (iaitu dia boleh untuk menjadi saksi) dan juga (hukum) hudud apabila dia telah bermimpi (baligh). [Riwayat al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3386].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.