TEKS BAHASA ARAB
أنزلت النبوة، (وفي للفظ: أنزل القرآن) في ثلاثة أمكنة: بمكة، وبالمدينة، وبالشام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Diturunkan kenabian (lafaz lain: diturunkan al-Quran) di tiga tempat: di Mekah, Madinah dan Syam.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1579, hadis nombor 7989. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه-، قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((أنزلت النبوة، (وفي للفظ: أنزل القرآن) في ثلاثة أمكنة: بمكة، وبالمدينة، وبالشام)). [طب، الخطيب في ((الموضح))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6887)].
(Sangat lemah)
Daripada Abu Umamah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW bersabda: ((Diturunkan kenabian (lafaz lain: diturunkan al-Quran) di tiga tempat: di Mekah, Madinah dan Syam.”)) [Riwayat al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Khatib di dalam al-Muwaddih dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.6887].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.