Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أُنزلتِ النبوةُ وفي لفظٍ :( أُنزلَ القرآنُ) في ثلاثِ أمكنةٍ : بمكةَ وبالمدينةِ وبالشامِ.
Teks Bahasa Melayu
Diturunkan kenabian (lafaz lain: diturunkan al-Quran) di tiga tempat: di Mekah, Madinah dan Syam.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1579, hadis no. 7989. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أمامة - رضي الله عنه-، قال: قال -صلى الله عليه وسلم-: ((أنزلت النبوة، (وفي للفظ: أنزل القرآن) في ثلاثة أمكنة: بمكة، وبالمدينة، وبالشام)). [طب، الخطيب في ((الموضح))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6887)].
(Sangat lemah) Daripada Abu Umamah RA, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW bersabda: ((Diturunkan kenabian (lafaz lain: diturunkan al-Quran) di tiga tempat: di Mekah, Madinah dan Syam.”)) [Riwayat al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Khatib di dalam al-Muwaddih dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.6887].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman