TEKS BAHASA ARAB
عرضت علي أعمال أمتي فوجدت منها المقبول والمردود، إلا الصلاة علي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ditunjukkan kepadaku amalan-amalan umatku. Lalu aku mendapati antaranya ada yang diterima dan ada yang ditolak, melainkan selawat ke atasku (pasti diterima).
STATUS
Tidak ditemui asalnya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 101, hadis nombor 82. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السيوطي: لم أقف له على سند.
Al-Suyuthi berkata: Aku tidak menjumpai sanad baginya.
RUJUKAN
Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.