Ditulis di pintu syurga: Lailahaillallah Muhammad Rasulullah, Ali itu saudara Rasulullah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

مكتوب على باب الجنة: لا إله إلا الله، محمد رسول الله، علي أخو رسول الله؛ قبل أن تخلق السماوات والأرض بألفي عام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ditulis di pintu syurga: Lailahaillallah Muhammad Rasulullah, Ali itu saudara Rasulullah, 2000 tahun sebelum langit dan bumi dicipta.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 668, hadis nombor 3448. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((مكتوب على باب الجنة: لا إله إلا الله، محمد رسول الله، علي أخو رسول الله؛ قبل أن تخلق السماوات والأرض بألفي عام)).[حل، خط، ابن عساكر، عق، طب، ((الضعيفة)) (4901)]

(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu’: Ditulis di pintu syurga: Lailahaillallah Muhammad Rasulullah, Ali itu saudara Rasulullah, 2000 tahun sebelum langit dan bumi dicipta. [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, al-‘Uqaili dalam al-Dhu'afa’ al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4901]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.