Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مكتوبٌ على بابِ الجنةِ : لا إله إلا اللهُ، مُحَمَّدٌ رسولُ اللهِ، عَلِيٌّ أَخُو رسولِ اللهِ ؛ قبلَ أن تُخْلَقَ السماواتُ والأرضُ بألْفَيْ عامٍ.
Teks Bahasa Melayu
Ditulis di pintu syurga: Lailahaillallah Muhammad Rasulullah, Ali itu saudara Rasulullah, 2000 tahun sebelum langit dan bumi dicipta.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 668, hadis no. 3448. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((مكتوب على باب الجنة: لا إله إلا الله، محمد رسول الله، علي أخو رسول الله؛ قبل أن تخلق السماوات والأرض بألفي عام)).[حل، خط، ابن عساكر، عق، طب، ((الضعيفة)) (4901)]
(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu’: Ditulis di pintu syurga: Lailahaillallah Muhammad Rasulullah, Ali itu saudara Rasulullah, 2000 tahun sebelum langit dan bumi dicipta. [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Hilyah, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq, al-‘Uqaili dalam al-Dhu'afa’ al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4901]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman