Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Ditimpa sakit di persisiran pantai lebih aku sukai

Teks Bahasa Arab

لأَن أُمَرِّضَ على ساحلِ البحرِ أحبُّ إليَّ من أن أصحَّ فأعتقَ مئةَ رجلٍ ثمَّ أجَهِّزُهم وخيولَهم في سبيلِ اللَّهِ عزَّ وجلَّ

Teks Bahasa Melayu

Ditimpa sakit di persisiran pantai lebih aku sukai berbanding aku menjadi sihat. Maka aku akan membebaskan seratus orang lelaki. Kemudian aku mempersiapkan mereka dan juga kuda-kuda mereka untuk berjuang di jalan Allah SWT.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 896, hadis no. 4593. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لأن أمرض على ساحل البحر أحب إلي من أن أصح فأعتق مائة رجل ثم أجهزهم وخيولهم في سبيل الله عز وجل. [فر, الضعيفة (5585)]

(Munkar) Daripada Ali RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Ditimpa sakit di persisiran pantai lebih aku sukai berbanding aku menjadi sihat. Maka aku akan membebaskan seratus orang lelaki. Kemudian aku mempersiapkan mereka dan juga kuda-kuda mereka untuk berjuang di jalan Allah SWT. [Al-Dailami di dalam Al-Firdaus. Al-Dha’ifah no 5585].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.