Daif

30/06/2024

minit bacaan



Ditetapkan seorang mukmin itu atas setiap akhlak, bukannya khianat dan dusta

Teks Bahasa Arab

يُطْبَعُ المؤمِنُ على كُلِّ خُلُقٍ، ليس الخيانةَ والكَذِبَ.

Teks Bahasa Melayu

Ditetapkan bagi seorang mukmin itu (kecenderungan terhadap) setiap akhlak (yang baik), khianat dan dusta bukan sebahagian daripadanya.

Sahabat Perawi

  1. Maḥārib bin Dithār

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 61, hadis no. 269. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محارب بن دثار مرفوعاً: ((يطبع المؤمن على كل خلق، ليس الخيانة والكذب)). [ابن أبي عاصم، عد، هب، البزار، ع، القضاعي، ش، حم، ((الضعيفة)) (3215)].

(Daif) Daripada Maḥārib ibn Dithār secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Ditetapkan bagi seorang mukmin itu (kecenderungan terhadap) setiap akhlak (yang baik), khianat dan dusta bukan sebahagian daripadanya.)) [Riwayat Ibn Abū ‘Āṣim dalam al-Sunnah, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fi al-Du’afa’, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, al-Bazzar, Abu Ya’la dalam Musnadnya, al-Qudha’i, Musannaf Ibn Abi Shaybah, dan Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3215].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.