Ditanyakan kepada Rasulullah SAW tentang ahli al-A’raf lalu baginda menjawab

TEKS BAHASA ARAB

سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أصحاب الأعراف؟ فقال: (( قوم قتلوا في سبيل الله بمعصية آبائهم، فمنعهم قتلهم في سبيل الله عن النار، ومنعتهم معصية آبائهم أن يدخلوا الجنة)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ditanyakan kepada Rasulullah SAW tentang ahli al-A’raf lalu baginda menjawab: “Mereka ialah kaum yang dibunuh di jalan Allah disebabkan maksiat ayah mereka, lalu terbunuhnya mereka itu menjadi penghalang mereka dari neraka, dan maksiat ayah mereka pula menghalang mereka dari memasuki syurga.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 659, hadis nombor 3400. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن محمد بن عبد الرحمن عن أبيه قال: سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أصحاب الأعراف؟ فقال: (( قوم قتلوا في سبيل الله بمعصية آبائهم، فمنعهم قتلهم في سبيل الله عن النار، ومنعتهم معصية آبائهم أن يدخلوا الجنة)). [ابن جرير، الحااملي في ((الأمالي))، ابن قانع في ((معجم الصحابة))، ((الضعيفة)) (2791)]

(Munkar) Daripada Muhammad bin Abdul Rahman dari ayahnya berkata: Ditanyakan kepada Rasulullah SAW tentang ahli al-A’raf lalu baginda menjawab: “Mereka ialah kaum yang dibunuh di jalan Allah disebabkan maksiat ayah mereka, lalu terbunuhnya mereka itu menjadi penghalang mereka dari neraka, dan maksiat ayah mereka pula menghalang mereka dari memasuki syurga.” [Riwayat Ibn Jarir dalam tafsirnya, al-Muhamili dalam al-Amali dan Ibn Qani’ dalam Mu’jam al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2791]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs