Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Ditanyakan kepada Rasulullah SAW tentang ahli al-A’raf lalu baginda menjawab

Teks Bahasa Arab

سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أصحاب الأعراف؟ فقال: قومٌ قُتِلوا في سبيلِ اللهِ بمعصيةِ آبائِهِم، فمنعهم قَتْلُهم في سبيلِ اللهِ عن النارِ، ومَنَعَتْهم معصيةُ آبائِهِم أن يَدْخُلوا الجنةَ.

Teks Bahasa Melayu

Ditanyakan kepada Rasulullah SAW tentang ahli al-A’raf lalu baginda menjawab: “Mereka ialah kaum yang dibunuh di jalan Allah disebabkan maksiat ayah mereka, lalu terbunuhnya mereka itu menjadi penghalang mereka dari neraka, dan maksiat ayah mereka pula menghalang mereka dari memasuki syurga.”

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 659, hadis no. 3400. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن محمد بن عبد الرحمن عن أبيه قال: سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن أصحاب الأعراف؟ فقال: (( قوم قتلوا في سبيل الله بمعصية آبائهم، فمنعهم قتلهم في سبيل الله عن النار، ومنعتهم معصية آبائهم أن يدخلوا الجنة)). [ابن جرير، الحااملي في ((الأمالي))، ابن قانع في ((معجم الصحابة))، ((الضعيفة)) (2791)]

(Munkar) Daripada Muhammad bin Abdul Rahman dari ayahnya berkata: Ditanyakan kepada Rasulullah SAW tentang ahli al-A’raf lalu baginda menjawab: “Mereka ialah kaum yang dibunuh di jalan Allah disebabkan maksiat ayah mereka, lalu terbunuhnya mereka itu menjadi penghalang mereka dari neraka, dan maksiat ayah mereka pula menghalang mereka dari memasuki syurga.” [Riwayat Ibn Jarir dalam tafsirnya, al-Muhamili dalam al-Amali dan Ibn Qani’ dalam Mu’jam al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2791]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.