Diselar dahi, rusuk dan belakang mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يكون الدينار على الدينار، ولا الدرهم على الدرهم، ولكن يوسع جلده {فتكوى بها جباههم وجنوبهم وظهورهم…} [التوبة: 35] الآية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak diletakkan dinar ke atas dinar dan tidak diletakkan dirham ke atas dirham, tetapi diperluaskan kulitnya, Allah berfirman: {Lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka…} [Surah al-Tawbah; ayat 35].

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 709, hadis nombor 3623. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: لا يكون الدينار على الدينار، ولا الدرهم على الدرهم، ولكن يوسع جلده {فتكوى بها جباههم وجنوبهم وظهورهم…} [التوبة: 35] الآية.
[أبو يعلى في ((مسنده الكبير))، ((الضعيفة)) (6736)].

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak diletakkan dinar ke atas dinar dan tidak diletakkan dirham ke atas dirham, tetapi diperluaskan kulitnya, Allah berfirman: {Lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka…} [Surah al-Tawbah; ayat 35].
[Riwayat Abu Ya’la dalam Musnad al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6736].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.