Disediakan satu kerusi untuk Abu Bakr di antara teman rapat dan kekasih

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة؛ نصب لإبراهيم منبر أمام العرش، ونصب لي منبر أمام العرش، ونصب لأبي بكر كرسي فيجلس عليه، وينادي مناد: يا لك من صديق بين خليل وحبيب!.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila tiba hari kiamat, akan disediakan satu mimbar bagi Nabi Ibrahim di hadapan ‘Arasy, turut disediakan juga mimbar untukku di hadapan ‘Arasy. Dan disediakan untuk Abu Bakr satu kerusi lalu dia duduk di atasnya, lalu satu suara memanggil (menyeru) dan berkata: Wahai Siddiq, beruntungnya kamu duduk di antara Khalil (teman rapat) dan Habib (kekasih).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 709, hadis nombor 3624. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: إذا كان يوم القيامة؛ نصب لإبراهيم منبر أمام العرش، ونصب لي منبر أمام العرش، ونصب لأبي بكر كرسي فيجلس عليه، وينادي مناد: يا لك من صديق بين خليل وحبيب!.
[خط، ((الضعيفة)) (6925)].

(Palsu)
Daripada Muaz bin Jabal RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila tiba hari kiamat, akan disediakan satu mimbar bagi Nabi Ibrahim di hadapan ‘Arasy, turut disediakan juga mimbar untukku di hadapan ‘Arasy. Dan disediakan untuk Abu Bakr satu kerusi lalu dia duduk di atasnya, lalu satu suara memanggil (menyeru) dan berkata: Wahai Siddiq, beruntungnya kamu duduk di antara Khalil (teman rapat) dan Habib (kekasih).
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6925].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs