Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كانَ يومُ القيامةِ نُصِبَ لإبراهيمَ منبرٌ أمامَ العرشِ ونُصِبَ لي منبرٌ أمامَ العرشِ ونُصِبَ لأبي بكرٍ كُرْسِيٌّ فيجلسُ عليهِ ويُنادِي منادٍ: يا لكَ من صِدِّيقٍ بينَ خليلٍ وحبيبٍ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila tiba hari kiamat, akan disediakan satu mimbar bagi Nabi Ibrahim di hadapan ‘Arasy, turut disediakan juga mimbar untukku di hadapan ‘Arasy. Dan disediakan untuk Abu Bakr satu kerusi lalu dia duduk di atasnya, lalu satu suara memanggil (menyeru) dan berkata: Wahai Siddiq, beruntungnya kamu duduk di antara Khalil (teman rapat) dan Habib (kekasih).
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 709, hadis no. 3624. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: إذا كان يوم القيامة؛ نصب لإبراهيم منبر أمام العرش، ونصب لي منبر أمام العرش، ونصب لأبي بكر كرسي فيجلس عليه، وينادي مناد: يا لك من صديق بين خليل وحبيب!. [خط، ((الضعيفة)) (6925)].
(Palsu) Daripada Muaz bin Jabal RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila tiba hari kiamat, akan disediakan satu mimbar bagi Nabi Ibrahim di hadapan ‘Arasy, turut disediakan juga mimbar untukku di hadapan ‘Arasy. Dan disediakan untuk Abu Bakr satu kerusi lalu dia duduk di atasnya, lalu satu suara memanggil (menyeru) dan berkata: Wahai Siddiq, beruntungnya kamu duduk di antara Khalil (teman rapat) dan Habib (kekasih). [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6925].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman